Friday, December 2, 2011

LUKISAN
 Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan, arca, cetakan, seni grafik, seni bina, animasi filem, kartun dan sebagainya yang bertujuan untuk melahirkan perasaan atau menyatakan sesuatu menggunakan garisan yang membentuk imej dalam bentuk visual. Selain itu, lukisan juga dapatmenghasilkan kesan keaslian dan sifat individual kerana kerja melukisbiasanya dibuat secara sepontan, melibatkan gerak hati dan perasaan serta kemahiran.

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan

1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya. 

2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi. 

3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak. 

4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat. 

Teknik Melukis

1. Teknik garisan, 
2. Teknik garisan pangkah, 
3. Teknik titik, 
4. Teknik lorekan dan 
5. Teknik campuran.

Sejarah lukisan 
Di tanah air kita, lukisan awal dipercayai bermula sejak zaman batu.lukisan akan di lukis pada dinding gua seperti yang di temui di Gua Tambun (Perak) dan Gua Niah (Sarawak). Kebanyakkan lukisan ini berkisarkan kehidupan seharian manusia zaman tersebut seperti kegiatan harian (memburu dan mengembara). Kebanyakkan lukisan Gua menggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang buruan, komposisi yang hampir sama iaitu memanjang, berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin hasil  buruan mereka pada zaman tersebut.

lukisan gua yang terdapat di Gua Tambun, Perak.


RINGKASAN

Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.
Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.
Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.
MEDIA LUKISAN
Media yang dominan ialan media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk illusi pada sesuatu permukaan. penghasilannya mestilah memperlihatkan struktur sesatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media basah.seperti pensel warna dan warna air. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
Media Lukisan

1. Pensel
  • Dibuat daripada arang dan tanah liat.
  •  Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
  •  Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.
2. Arang
  •  Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
  •  Media yang tertua sekali.
  • Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
  • Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.
3. Media Pen dan ink
  • Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya
  • Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
  • Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

4. Media Pastel
  • Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.
  • Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal



No comments:

Post a Comment