Friday, December 2, 2011

LUKISAN
 Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan, arca, cetakan, seni grafik, seni bina, animasi filem, kartun dan sebagainya yang bertujuan untuk melahirkan perasaan atau menyatakan sesuatu menggunakan garisan yang membentuk imej dalam bentuk visual. Selain itu, lukisan juga dapatmenghasilkan kesan keaslian dan sifat individual kerana kerja melukisbiasanya dibuat secara sepontan, melibatkan gerak hati dan perasaan serta kemahiran.

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan

1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya. 

2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi. 

3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak. 

4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat. 

Teknik Melukis

1. Teknik garisan, 
2. Teknik garisan pangkah, 
3. Teknik titik, 
4. Teknik lorekan dan 
5. Teknik campuran.

Sejarah lukisan 
Di tanah air kita, lukisan awal dipercayai bermula sejak zaman batu.lukisan akan di lukis pada dinding gua seperti yang di temui di Gua Tambun (Perak) dan Gua Niah (Sarawak). Kebanyakkan lukisan ini berkisarkan kehidupan seharian manusia zaman tersebut seperti kegiatan harian (memburu dan mengembara). Kebanyakkan lukisan Gua menggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang buruan, komposisi yang hampir sama iaitu memanjang, berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin hasil  buruan mereka pada zaman tersebut.

lukisan gua yang terdapat di Gua Tambun, Perak.


RINGKASAN

Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.
Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.
Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.
MEDIA LUKISAN
Media yang dominan ialan media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk illusi pada sesuatu permukaan. penghasilannya mestilah memperlihatkan struktur sesatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media basah.seperti pensel warna dan warna air. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
Media Lukisan

1. Pensel
  • Dibuat daripada arang dan tanah liat.
  •  Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
  •  Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.
2. Arang
  •  Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
  •  Media yang tertua sekali.
  • Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
  • Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.
3. Media Pen dan ink
  • Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya
  • Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
  • Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

4. Media Pastel
  • Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.
  • Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal




KARYA-KARYA PATRICK LASAK YANG DI HURAI

PENGENALAN
Karya-karya  ini adalah mengenai Patrik Lasak yang mempunyai cara atau gaya yang lain daripada pengkarya lain kerana karya beliau mempunyai tanda pengenalan yang unik yang jarang saya lihat pada karya pengkarya lain iaiti terdapat titik warna atau tekstuk di latar belakang karya beliau yang unik. Ia dapat lihat apabila dilihat secara dekat.
Kebanyakan karya beliau menggunakan warna-warna lembut seperti biru, putih dan hijau dan beliau suka melulis suasana pemandangan langit, laut, air terjun, haiwan-haiwan mitos serta lukisan abstrak.Suka menghasilkan reaksi air yang bergulung atau air yang jatuh di lubang yang besar yang penuh dengan perasaan seram, dalam, bahaya dan sebagainya. Banyak karya beliau yang berkaitan dengan sifat-sifat manusia.
Apa yang suka lihat pada karya beliau adalah penggunaan warna beliau kepada setiap hasil lukisan yang beliau hasilkan yang unik dan jarang di lihat pada karya pengkarya lain.
Legend of flying horse, 200 x 170 cm, oil in linen, 2009-2010. 

  
 Manusia sering kali ingin terbang tinggi ke langit, Akan tetapi manusia hanya boleh belajar bagaimana untuk terbang tetapi tidak dapat melakukannya. Kuda hanya boleh ditunggang untuk tujuan pengangkutan individual dalam satu masa sahaja. Pada suatu hari seseorag memikirkan sesuatu yang unik dengan mengatakan bahawa jika kita pasangkan sepang sayap kepada kuda, kemungkinan ia boleh terbang…seekor kuda terbang. Jadi , lagenda kuda terbang wujud di dunia.
Nama kuda lagenda yang terkenal itu diberi nama sebagai “ Pegasus ”mengikut metologi Greek. Ia ada seekor Pegasus yang terakhir yang  boleh terbang ke Andromeda dengan selamat.
Karya beliau ini menggunakan warna yang harmoni dengan menggabungkan warna sejuk  dan panas untu menyampaikan maklumat karya kepada audian. Warna panas pada karya ini adalah warna merah seperti api dan warna biru pada motif dapat dikaitkan dalam karya ini dengan kemampuan diri untuk melakukan sesuatu yang mungkin mustahil dan tidak diterima akal. Warna biru yang cerah menimbulkan kesan jalinan pada karya supaya audien tahu motif dan bentuk pada karya tersebut .
Bentuk motif kuda yang diolah supaya kuda tersebut seakan-akan seperti terbang diudara dengan pantas dengan terdapat jalinan pada motif serta warna yang digunakan pada karya ini dapat hasilkan motif tersebut bergerak terbang dengan pantas di udara. Haiwan mitos yang cantik dengan sepasang sayap terbang bebas dengan selamat seperti yang dicerita dalam mitos tentan Pegasus kuda putih yang mempunyai sayap.
Ekspresi kuda atau mitos ini diolah seperti ia sedang terbang.kita dapat lihat kaki kuda tersebut seperti terapung-apung diudara dan sayap di belakang kuda tersebut. Garisan pada karya memberi kesan kepada motif supaya nampak seperti bebas tanpa sebarang halangan.






Sim Chin Cheng / Hati Banyak Senang / Heart Feels Good, 450 x 150 cm, Oil On Linen, 2008.
Apabila hati anda rasa senang hati, kita boleh tukarkannya kepada warna-warna diatas kain kanvas? Ahli senikiawan menyatakan ,para ahli seni mempunyai cara tersendiri dan ahli falsafah cuba untuk menafikannya.
Beliau ingin cuba untuk melukisnya lukisan abstrak yang besar. Walaubagaimanpun, ia tidak menunjukkan bagaiman sesuatu hati bekerja pada setiap individual. Jadi beliau membiarkan hatinya bebas menjadikannya dan membiarkan pemikiran dibawah sepera sedar beliau mengambil alih dirinya dan karya seperti gambar diatas adalah hasilnya.
Tajuk karya Sim Chim Cheng merupaka perkataan dari bahasa Hokkein dan beliau sangat gembira dapat menyiapkan karya ini. Apabila anda melihat karya ini secara dekat pada garisan mendatar pada alunan air yang panjang ke bawah  memperlihat ia seperti tidak “berhenti, lihat dan pergi”.iatetap pergi terus ke bawah dan beliau lakukan banyak kali sehingga beliau puas hati dengan strok-strok garisan dan tekstur yang baik. Beliau memerlukan tiga jam meelukis secara melintang untuk menyempurnakannya. Beliau tidak berhenti rehatkan diri untuk siapkannya.  Karyaini beliau harap anda dapat berasa tenang,jiwa yang lapang (senang hati) apabila memandang karya ini.
Karya ini menunjukkan penggunaan warna lembut iaitu warna biru dan putih dapat menimbulkan rasa ketenangan terhadapt mata yang melihat karya ini. Ini kerana penggunaan ton warna yang lembut .menggunaan warna dengan menggunakan pendekatan garisan tebal tetapi halus memperlihatkan kepada audien seperti aliran air dicermin yang mengalir kebawah seperti air terjun.
Karya ini menggunakan aliran abstrak ekspressionisme seperti yang popular di Eropah pada ketika dahulu.Contoh karya yang yang menggunakan aliran ini iailah Sharon Stolzenberger yang bertajuk Spirit of Tsavo.Karya ini saya katakan seperti karya Sharon kerana penggunaan warna neutral iaitu warna biru yang dicampur dengan warna putih menunjukkan kepada kroma warna campuran dua warna penggenap dengan menggunakan warna dengan nisbah yang sama untuk hasil warna yang baru (biru pudar lembut).

Rainbow Over The Blue, 220 x 180 cm, Oil On Linen,2009-2010.
Karya ini beliau hanya menggunakan dua jenis warna sahaja iaitu biru dan putih untuk hasilkan karya ini.orang lain akan katakannya sebagai minimalis,ada yang pamggilnya simpalistik. Tetepi bagi beliau, warna itu sendiri tidak menghasilkan karya itu sendiri, ia memerlukan pengkarya menghayati dan merasai serta luahan perasaan kepada karya yang hendak di jadikan dengan seluruh jiwa raga pengkarya ke karyanya. Apabila seseorang melihat sesuatu lukisan atau karya, ia membawa anda jauh dari sempadan pendapat anda serta membuatkan anda berfikir diluar dari kotak minda anda sendiri. 
Pelangi menyinggah ke arah mata anda untuk memberi fokus ke masa lalu. Beliau meletakkan bingkai  supaya karya tersebut boleh dipamerkan disetiap sudut dinding yang cerah. Karya memberi kesan atau ton warna yang sejuk yang menyebabkan jiwa dan minda anda menjadi tenang. Ini kerana jiwa yang tenang menyebabkan minda tidak memikirkan perkara yang memeningkan dan sebagainya. Ia bebas dari kekangan hidup. Kita hidup dengan pelbagai yang  berlaku,ada masa kita gembira, ada masa kita sedih,masa kita mempunyai masa-masa yang paling gembira dalam hidup kita yamg mungkin pada bila-bila masa dan dimana sahaja kita pergi.
Karya tersebut masih lagi menggunakan penggunaan warnayang sama untuk menyampaikan ekspresi karya tersebut kepada audien tentang pengguan warna biru dapat menghasilkan Suasana perasaan damai dalam hati orang yang melihat karya beliau yang sungguh lembut,tidak terlalu kasar pada tekstur lukisannya.
Kita dapat lihat ruang pada karya ini.penggunaan keseluruhan linen dengan membahagikan ruang langit dan laut yang biru bergelora selepas hujan serta terserlah pula warna cantik dilangit iaitu pelangi yang muncul dari sudut perspektif dari jauh kita dapat baying keindahan waktu yang damai setelah redanya hujan. 
Karya ini mengingat saya lukisan Vincent Van Gogh yang bertajuk The Starry night yang menggambarkan suasana waktu malam di sebuah Bandar dengan pemandangan langit hitam tetapi dicahayi dengan bintang-bintang dan cahaya bulan yang menerangi Bandar tersebut yang amat cantik.


Dragon and The Horse, 200 x 170 cm, Oil On Linen, 2009-2010.
Perlumbaan melawan masa, kita biasa mendengar cerita dongen atau kisah-kisah nasihat untuk kita kaitkan dengan hidup kita seharian. Ia ada cerita mengenai kisah perlumbaan antara seekor kura-kura dan seekor arnab yang merupakan perlumbaan antara Si lembab dan Si pantas tetapi Sipantas terlalu bangga diri dan konfiden. Walaubagaimanapun, kura-yang lambat berusaha untuk selesai pertandingan dengan usaha sendiri dan tahu untu memperbaiki kekurangan diri untuk Berjaya.
Dalam versi Patrik Lasak, beliau tidak berkaitan dengan perlumbaan antar binatang. Ia hanya karya yang bermotif naga yang hebat dan kuda  yang kecil di bawah naga. Beliau menggunakan warna ungu lavender (warna sejuk) sebagai asas pada karya dan warna biru cerah yang sikit demi sedikit di lapiskan antara satu sama lain serta akhir sekali beliau menggunakan warna yang lebih cerah. Karya tersebut mungkin berkaitan pada diri kita sendiri. 
Motif naga lebih besar didalam karya beliau  kerana beliau ingin menunjukkan atau contoh sifat-sifat naga dengan persekitaran sosial kini dengan orang yang diibaratkan kuda adalah orang mempunyai profil diri yang tidak termenunjuk-nunjuk tetapi masih berusaha untuk mencapai taraf yang lebih baik antara yang terbaik. Karya ini bagi saya memberi moral kepada kita. Kita boleh tingkatkat potensi kita dengan usaha sendiri untuk menjadi yang terbaik tetapi apabila tercapai ,tidak perlu meninggikan diri yang berlebihan kerana ia boleh musnah pada bila-bila masa.
Penggunaan motif yang sangat saya suka untuk menghasilkan karya yang mempunyai latar belakang cerita yang menarik untuk penilai audien dan nilai murni.ini menguatkan lagi pentingnya karya-karya seperti ini  dipamerkan kepada sosial supaya mesej boleh disampaikan dengan cara kognitif. Kini maklumat terlalu mudah dicari,menyebabkan kita tidak perlu berfikir  kedalam maklumat itu.
Penggunaan warna yang sesuai diolah  menimbulkan jalinan terhadap motif yang sangat menarik. Warna panas iaitu merah dan jingga menunjukkan penegasan terhadap isu yang disampaikan. 




Monday, November 28, 2011

Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai
Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.
              i.Membentuk Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual (lihat Rajah 1.6).
             ii.Melakar bentuk atau rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
            iii.Membentuk 
Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.
           iv.Jalinan 
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
            v.Warna 
Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI 
 Perkembangan Kreativiti mengikut Fisher 

(a) Peringkat Rangsangan 
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. 

(b) Peringkat Penerokaan 
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. 

(c) Peringkat Perancangan 
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. 

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: 
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, 
pemerhatian, interaksi dan sebagainya. 
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. 

(d) Peringkat Aktiviti  Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. 

Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’ 

(e) Kajian Semula 
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. 
CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.
(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.






Terdapat beberapa proses kreativiti.


Ilmu pengetahuan
  • mengumpul maklumat sebanyak yang mungkin berkenaan dengan tugas atau masalah.
JENIS-JENIS MAKLUMAT:
  1. Maklumat bercetak (buku,artikel, bahan muat turun).
  2. Maklumat lisan
  3. maklumat elektronik
Penyelidikan
  • Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana tumpuan hendak diberi.
  • Mendefinisikan matlamat/arah tuju
  • Mentakrif denga jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang di kehendaki.
  • mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.
Pengeraman (incubation)
  • tiada apa yang dilakukan pada langkah ini
  • menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa.
  • idea tidak datang dengan segera.
  • idea mungkin terbit daripada  keadaan yang tidak disangka.
  • terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan.
Membina keyakinan 
  • Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari menumpukan pada satu idea..
  • idea adalah seperti batu loncotan : idea berkenbang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru sering kali adalah gabungan berbagai idea yang datang.
Penapisan
  • idea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik.
  • idea-idea yang baik akan digabungkan untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif.
  • Menyatakan dengan jelas
  • mencari jalan untuk menyampaikan idea dengan berkongsi idea dengan pihak lain dan menggalakkan  mereka untuk memajukan idea tersebut.

PENGALAMAN DAN  PENGUJIAN 

TIGA KAEDAH UTAMA UNTUK MENGUJI KREATIVITI



Saturday, November 26, 2011

KREATIVITI


  1. mengikut kamus dewan, kreativiti membawa maksud kemampuan(kebolehan) mencipta daya kreatif. Mengikut pendapat ahli psikologi, kreativiti bermaksud sesuatu yang asli dan berdaya cipta. Kreativiti adalah kemampuan mencipta asli, kualiti kerja baru, berimaginasi, penumpuan saintifik, penghasilan unsur-unsur baru dalam penghasilan karya seni di bidang pengkaryaan atau perekaan. menghasilkan karya seni tampak dengan kombinasi unsur seni reka dan prinsip rekaan dan mempumyai kandungan (tema dan makna/fungsi dan konteks). ia boleh diaplikasikan pada  apa sahaja kerja yang produktif dan pandangan yang boleh dikongsi oleh semua golongan dan setiap orang mempunyai perbezaan tahap kreativiti. manakala mengikut Spearman , kreativiti adalah sebagai kuasa akal manusia yang mengutarakan pengisian baru, hasil daripada pemindahan unsur-unsur baru yang diperkembangkan bukan hanya sebagai pengutaraan iadea tetapi juga penghasilan pelbagai perubahan yang cukup memberansangkan.
  2. kreatif juga merupakan pemikiran yang spontan,berimaginasi, berani dan saintifik dan mekanikal. banyak terlibat dalam bidang seni visual, kebudayaan dan saintafik. 
  3. proses kreativiti biasanya berlaku dalam dan luar lingkungan manusia dan pengolahan tanpa sedar itu akhirnya diterjemah melalui proses-proses ketelitian dan pengamatan manusia sendiri. 
  4. terdapat lima jenis kreativiti bagi menunjukkan perbezaan daripada segi proses yang di sarankan olh Taylor (1976).
  • kreativiti  ekspresif : hasil yang dihasilkan lebih bersifat bebas, spontan, mengikut gerak hati. contohnya, menghasilkan imej ekspresif dan menekankan emosi pengkarya yang disampaikan melalui karya contohnya catan dan lukisan. 
  • kreativiti teknikal : melibatkan aktiviti yang berkaitan penetapan pengiraan dan ukuran yang telah ditetapkan. contohnya, dalam menghasilkan karya seni grafik dan lukisan teknikal. 
  • kreativiti inovatif : kefahaman modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif. contohnya, penghasilan media catan yang berkualiti dengan menggunakan warna yang diperolehi daripada buah-buahan dan tidak menggunakan media konvensional seperti cat air.
  • kreativiti inventif : reka cipta yang baru. contohnya, ciptaan baru model telefon bimbit dan kereta. 
  • kreativiti emergenitif : kreativiti yang kompleks dan jarang berlaku penghasilan seni daripada proses kreativiti ini  boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip dan kemunculan sesuatu yang baru. contohnya, Picasso merupakan artis yang mempunyai kreativiti yang begitu tinggi sehingga mampu mengubah aliran seni lukis daripada imej catan berdasarkan peniruan kepada penonjolan imej kiubisme dan kolaj.