Saturday, October 25, 2014

TIPS-TIPS MATANG DALAM BERCINTA !










Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita.
Kita perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru menjengah 15 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu mempertingkatkan kematangan di dalam hidup mahupun cinta.
Tapi bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Kami banyak menerima emel daripada pembaca meminta tips untuk menjadi matang dalam bercinta. Oleh itu hari ini, kami akan kupaskan dan bincangkan khas untuk anda.


:- Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa

Anda tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan anda sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan anda. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.

:-Menambah ilmu

Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.
Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

:-Membaca surat khabar

Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja. Dan yang paling penting tahu tentang isu semasa yang berlaku sekarang .

:-Merubah gaya ber-SMS

Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya.
Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak memahami maksud dan nilai CINTA.

:-Belajar daripada pengalaman

Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”. Ya, betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza. Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang anda telah lakukan dengan cinta anda dahulu. Cuba perbaiki diri anda untuk menjadi sang pencinta yang baik.

:-Elakkan daripada bercinta 24 jam!

Bukan anda seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab anda sendiri diabaikan. Anda bukan lagi di peringkat sekolah rendah.
Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan usia. Kalau dahulunya, kita ke universiti untuk belajar tanpa memikirkan soal kerja dan duit. Tapi sekarang, kita sudah berada di alam pekerjaan iaitu alam dewasa. Banyak tanggungjawab terletak di atas bahu kita. Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berSMS.

:-Tahu yang mana serius dan yang mana gurauan

Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta. Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.

:-Ubah penampilan anda

Kalau dahulu, anda mungkin tidak mengendahkan penampilan anda  setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki. Dengan memakai tshirt round-neck yang bergambar ‘hantu’ ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian lutut. Oh, anda nampak sangat selekeh di mata orang ramai terutama pasangan anda.
Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah nampak lebih ayu.
 Bagi kaum perempuan, peha besar bagaikan satu ‘mimpi ngeri’. Jadi, kebanyakan perempuan cuba sedaya upaya untuk mengecilkan bahagian tersebut. Memandangkan peha besar ini sering kali menjadi isu masalah kepada penampilan seorang perempuan.
Tetapi, sebe
lum mulakan misi menurunkan serta mengecilkan bahagian peha, apa kata ketahui dahulu 4 punca mengapa peha lebih besar berbanding orang lain. Mengapa peha besar?

1) TERLALU BANYAK DUDUK

Tidak banyak bersenam dan bergerak boleh menyebabkan peha kamu semakin berisi. Bukan itu sahaja, terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk juga boleh memberi kesan yang ‘tidak cantik’ di bahagian peha. Ini kerana, apa bila kamu dalam posisi duduk peha akan semakin mengembang. Jadi, apabila kamu tidak bergerak atau bersenam ia akan membuatkan lebih banyak lemak terkumpul di bahagian tersebut malah membuatkan peha kamu mengelebih dan tidak pejal.

2) SALAH PILIH JENIS SELUAR

Konsepnya sama seperti memakai ‘corset’. Lebih ketat lebih padat. Sama seperti seluar dan peha. Jika kamu pakai seluar yang jenis memeri atau strectable seperti palazo, peha mempunyai peluang untuk terus mengembang dan berubah bentuk tanpa di sedari. Jadi, tidak hairanlah mengapa peha kamu semakin besar dan melebar.

3) KETURUNAN

Cuba perhatikan bentuk badan ahli keluarga kamu. Jika ibu atau kakak kamu mengalami masalah yang sama itu tandanya kamu mewarisi genatik peha besar. Ini menunjukan peluang untuk kamu miliki peha yang kurus agak tipis. Namun, jika di iringi dengan azam dan semangat yang kuat besar kemungkinan kamu dapat kecapi apa yang di idamkan bukan?

4) BENTUK TUBUH

Jangan risau, memiliki peha yang besar tidak bermaksud kamu memang gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan. Sebenarnya, bentuk badan juga menentukan saiz peha milik kamu. Contoh bentuk badan seperti buah pear atau potongan A.

10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat...Jangan Kita Ingat Kurus Tiada Kolestrol


1. Bawang putihSejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 AnggurAnggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 BayamBayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

4 IkanKajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa Omega 3 minyak, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, berhenti pengumpulan deposit lemak dalam arteri. Asid lemak mengelakkan pembekuan daripada membentuk dan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5 Minyak zaitunKolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada arteri anda dinding dan bentuk plak. Lemak monotaktepu membentangkan di minyak zaitun apabila dicampur dengan molekul kolesterol tidak baik menjadi kurang mungkin teroksida.

6 TomatoMenurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat di dalam tomato yang memberi mereka warna mereka, membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang lycopene tertinggi tahap dalam darah mereka mempunyai kekukuhan kurangnya dalam arteri mereka.

7 DelimaJus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. delima buah-buahan dan jus yang tinggi kandungan antioksidan, yang boleh membantu perjuangan pengerasan arteri.

8 Kiwi dan tembikaiMakanan ini kaya antioksidan berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses berkarat dalam anda arteri. Mereka boleh membantu menghentikan karat di trek dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan satu cawan tembikai atau satu kiwi setiap hari untuk unclog arteri anda.

9 Jus CranberryJus ini strain lemak daripada arteri. Daripada harus lemak terkumpul di dalam saluran darah, jus ini meningkatkan anda keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menggunakannya untuk pengeluaran tenaga. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk unclog arteri anda.

10 OatTerima kasih kepada gentian larut dalam oat, kolesterol tidak berdiri peluang. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem anda. Beberapa kajian mempunyai menunjukkan bahawa pemakanan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat- dimasak bijirin bran setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.

Friday, December 2, 2011

LUKISAN
 Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan, arca, cetakan, seni grafik, seni bina, animasi filem, kartun dan sebagainya yang bertujuan untuk melahirkan perasaan atau menyatakan sesuatu menggunakan garisan yang membentuk imej dalam bentuk visual. Selain itu, lukisan juga dapatmenghasilkan kesan keaslian dan sifat individual kerana kerja melukisbiasanya dibuat secara sepontan, melibatkan gerak hati dan perasaan serta kemahiran.

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan

1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya. 

2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi. 

3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak. 

4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat. 

Teknik Melukis

1. Teknik garisan, 
2. Teknik garisan pangkah, 
3. Teknik titik, 
4. Teknik lorekan dan 
5. Teknik campuran.

Sejarah lukisan 
Di tanah air kita, lukisan awal dipercayai bermula sejak zaman batu.lukisan akan di lukis pada dinding gua seperti yang di temui di Gua Tambun (Perak) dan Gua Niah (Sarawak). Kebanyakkan lukisan ini berkisarkan kehidupan seharian manusia zaman tersebut seperti kegiatan harian (memburu dan mengembara). Kebanyakkan lukisan Gua menggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas membentuk binatang buruan, komposisi yang hampir sama iaitu memanjang, berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin hasil  buruan mereka pada zaman tersebut.

lukisan gua yang terdapat di Gua Tambun, Perak.


RINGKASAN

Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.
Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.
Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.
MEDIA LUKISAN
Media yang dominan ialan media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk illusi pada sesuatu permukaan. penghasilannya mestilah memperlihatkan struktur sesatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media basah.seperti pensel warna dan warna air. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
Media Lukisan

1. Pensel
  • Dibuat daripada arang dan tanah liat.
  •  Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
  •  Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.
2. Arang
  •  Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
  •  Media yang tertua sekali.
  • Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
  • Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.
3. Media Pen dan ink
  • Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya
  • Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza
  • Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

4. Media Pastel
  • Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza.
  • Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal




KARYA-KARYA PATRICK LASAK YANG DI HURAI

PENGENALAN
Karya-karya  ini adalah mengenai Patrik Lasak yang mempunyai cara atau gaya yang lain daripada pengkarya lain kerana karya beliau mempunyai tanda pengenalan yang unik yang jarang saya lihat pada karya pengkarya lain iaiti terdapat titik warna atau tekstuk di latar belakang karya beliau yang unik. Ia dapat lihat apabila dilihat secara dekat.
Kebanyakan karya beliau menggunakan warna-warna lembut seperti biru, putih dan hijau dan beliau suka melulis suasana pemandangan langit, laut, air terjun, haiwan-haiwan mitos serta lukisan abstrak.Suka menghasilkan reaksi air yang bergulung atau air yang jatuh di lubang yang besar yang penuh dengan perasaan seram, dalam, bahaya dan sebagainya. Banyak karya beliau yang berkaitan dengan sifat-sifat manusia.
Apa yang suka lihat pada karya beliau adalah penggunaan warna beliau kepada setiap hasil lukisan yang beliau hasilkan yang unik dan jarang di lihat pada karya pengkarya lain.
Legend of flying horse, 200 x 170 cm, oil in linen, 2009-2010. 

  
 Manusia sering kali ingin terbang tinggi ke langit, Akan tetapi manusia hanya boleh belajar bagaimana untuk terbang tetapi tidak dapat melakukannya. Kuda hanya boleh ditunggang untuk tujuan pengangkutan individual dalam satu masa sahaja. Pada suatu hari seseorag memikirkan sesuatu yang unik dengan mengatakan bahawa jika kita pasangkan sepang sayap kepada kuda, kemungkinan ia boleh terbang…seekor kuda terbang. Jadi , lagenda kuda terbang wujud di dunia.
Nama kuda lagenda yang terkenal itu diberi nama sebagai “ Pegasus ”mengikut metologi Greek. Ia ada seekor Pegasus yang terakhir yang  boleh terbang ke Andromeda dengan selamat.
Karya beliau ini menggunakan warna yang harmoni dengan menggabungkan warna sejuk  dan panas untu menyampaikan maklumat karya kepada audian. Warna panas pada karya ini adalah warna merah seperti api dan warna biru pada motif dapat dikaitkan dalam karya ini dengan kemampuan diri untuk melakukan sesuatu yang mungkin mustahil dan tidak diterima akal. Warna biru yang cerah menimbulkan kesan jalinan pada karya supaya audien tahu motif dan bentuk pada karya tersebut .
Bentuk motif kuda yang diolah supaya kuda tersebut seakan-akan seperti terbang diudara dengan pantas dengan terdapat jalinan pada motif serta warna yang digunakan pada karya ini dapat hasilkan motif tersebut bergerak terbang dengan pantas di udara. Haiwan mitos yang cantik dengan sepasang sayap terbang bebas dengan selamat seperti yang dicerita dalam mitos tentan Pegasus kuda putih yang mempunyai sayap.
Ekspresi kuda atau mitos ini diolah seperti ia sedang terbang.kita dapat lihat kaki kuda tersebut seperti terapung-apung diudara dan sayap di belakang kuda tersebut. Garisan pada karya memberi kesan kepada motif supaya nampak seperti bebas tanpa sebarang halangan.






Sim Chin Cheng / Hati Banyak Senang / Heart Feels Good, 450 x 150 cm, Oil On Linen, 2008.
Apabila hati anda rasa senang hati, kita boleh tukarkannya kepada warna-warna diatas kain kanvas? Ahli senikiawan menyatakan ,para ahli seni mempunyai cara tersendiri dan ahli falsafah cuba untuk menafikannya.
Beliau ingin cuba untuk melukisnya lukisan abstrak yang besar. Walaubagaimanpun, ia tidak menunjukkan bagaiman sesuatu hati bekerja pada setiap individual. Jadi beliau membiarkan hatinya bebas menjadikannya dan membiarkan pemikiran dibawah sepera sedar beliau mengambil alih dirinya dan karya seperti gambar diatas adalah hasilnya.
Tajuk karya Sim Chim Cheng merupaka perkataan dari bahasa Hokkein dan beliau sangat gembira dapat menyiapkan karya ini. Apabila anda melihat karya ini secara dekat pada garisan mendatar pada alunan air yang panjang ke bawah  memperlihat ia seperti tidak “berhenti, lihat dan pergi”.iatetap pergi terus ke bawah dan beliau lakukan banyak kali sehingga beliau puas hati dengan strok-strok garisan dan tekstur yang baik. Beliau memerlukan tiga jam meelukis secara melintang untuk menyempurnakannya. Beliau tidak berhenti rehatkan diri untuk siapkannya.  Karyaini beliau harap anda dapat berasa tenang,jiwa yang lapang (senang hati) apabila memandang karya ini.
Karya ini menunjukkan penggunaan warna lembut iaitu warna biru dan putih dapat menimbulkan rasa ketenangan terhadapt mata yang melihat karya ini. Ini kerana penggunaan ton warna yang lembut .menggunaan warna dengan menggunakan pendekatan garisan tebal tetapi halus memperlihatkan kepada audien seperti aliran air dicermin yang mengalir kebawah seperti air terjun.
Karya ini menggunakan aliran abstrak ekspressionisme seperti yang popular di Eropah pada ketika dahulu.Contoh karya yang yang menggunakan aliran ini iailah Sharon Stolzenberger yang bertajuk Spirit of Tsavo.Karya ini saya katakan seperti karya Sharon kerana penggunaan warna neutral iaitu warna biru yang dicampur dengan warna putih menunjukkan kepada kroma warna campuran dua warna penggenap dengan menggunakan warna dengan nisbah yang sama untuk hasil warna yang baru (biru pudar lembut).

Rainbow Over The Blue, 220 x 180 cm, Oil On Linen,2009-2010.
Karya ini beliau hanya menggunakan dua jenis warna sahaja iaitu biru dan putih untuk hasilkan karya ini.orang lain akan katakannya sebagai minimalis,ada yang pamggilnya simpalistik. Tetepi bagi beliau, warna itu sendiri tidak menghasilkan karya itu sendiri, ia memerlukan pengkarya menghayati dan merasai serta luahan perasaan kepada karya yang hendak di jadikan dengan seluruh jiwa raga pengkarya ke karyanya. Apabila seseorang melihat sesuatu lukisan atau karya, ia membawa anda jauh dari sempadan pendapat anda serta membuatkan anda berfikir diluar dari kotak minda anda sendiri. 
Pelangi menyinggah ke arah mata anda untuk memberi fokus ke masa lalu. Beliau meletakkan bingkai  supaya karya tersebut boleh dipamerkan disetiap sudut dinding yang cerah. Karya memberi kesan atau ton warna yang sejuk yang menyebabkan jiwa dan minda anda menjadi tenang. Ini kerana jiwa yang tenang menyebabkan minda tidak memikirkan perkara yang memeningkan dan sebagainya. Ia bebas dari kekangan hidup. Kita hidup dengan pelbagai yang  berlaku,ada masa kita gembira, ada masa kita sedih,masa kita mempunyai masa-masa yang paling gembira dalam hidup kita yamg mungkin pada bila-bila masa dan dimana sahaja kita pergi.
Karya tersebut masih lagi menggunakan penggunaan warnayang sama untuk menyampaikan ekspresi karya tersebut kepada audien tentang pengguan warna biru dapat menghasilkan Suasana perasaan damai dalam hati orang yang melihat karya beliau yang sungguh lembut,tidak terlalu kasar pada tekstur lukisannya.
Kita dapat lihat ruang pada karya ini.penggunaan keseluruhan linen dengan membahagikan ruang langit dan laut yang biru bergelora selepas hujan serta terserlah pula warna cantik dilangit iaitu pelangi yang muncul dari sudut perspektif dari jauh kita dapat baying keindahan waktu yang damai setelah redanya hujan. 
Karya ini mengingat saya lukisan Vincent Van Gogh yang bertajuk The Starry night yang menggambarkan suasana waktu malam di sebuah Bandar dengan pemandangan langit hitam tetapi dicahayi dengan bintang-bintang dan cahaya bulan yang menerangi Bandar tersebut yang amat cantik.


Dragon and The Horse, 200 x 170 cm, Oil On Linen, 2009-2010.
Perlumbaan melawan masa, kita biasa mendengar cerita dongen atau kisah-kisah nasihat untuk kita kaitkan dengan hidup kita seharian. Ia ada cerita mengenai kisah perlumbaan antara seekor kura-kura dan seekor arnab yang merupakan perlumbaan antara Si lembab dan Si pantas tetapi Sipantas terlalu bangga diri dan konfiden. Walaubagaimanapun, kura-yang lambat berusaha untuk selesai pertandingan dengan usaha sendiri dan tahu untu memperbaiki kekurangan diri untuk Berjaya.
Dalam versi Patrik Lasak, beliau tidak berkaitan dengan perlumbaan antar binatang. Ia hanya karya yang bermotif naga yang hebat dan kuda  yang kecil di bawah naga. Beliau menggunakan warna ungu lavender (warna sejuk) sebagai asas pada karya dan warna biru cerah yang sikit demi sedikit di lapiskan antara satu sama lain serta akhir sekali beliau menggunakan warna yang lebih cerah. Karya tersebut mungkin berkaitan pada diri kita sendiri. 
Motif naga lebih besar didalam karya beliau  kerana beliau ingin menunjukkan atau contoh sifat-sifat naga dengan persekitaran sosial kini dengan orang yang diibaratkan kuda adalah orang mempunyai profil diri yang tidak termenunjuk-nunjuk tetapi masih berusaha untuk mencapai taraf yang lebih baik antara yang terbaik. Karya ini bagi saya memberi moral kepada kita. Kita boleh tingkatkat potensi kita dengan usaha sendiri untuk menjadi yang terbaik tetapi apabila tercapai ,tidak perlu meninggikan diri yang berlebihan kerana ia boleh musnah pada bila-bila masa.
Penggunaan motif yang sangat saya suka untuk menghasilkan karya yang mempunyai latar belakang cerita yang menarik untuk penilai audien dan nilai murni.ini menguatkan lagi pentingnya karya-karya seperti ini  dipamerkan kepada sosial supaya mesej boleh disampaikan dengan cara kognitif. Kini maklumat terlalu mudah dicari,menyebabkan kita tidak perlu berfikir  kedalam maklumat itu.
Penggunaan warna yang sesuai diolah  menimbulkan jalinan terhadap motif yang sangat menarik. Warna panas iaitu merah dan jingga menunjukkan penegasan terhadap isu yang disampaikan. 




Monday, November 28, 2011

Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai
Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.
              i.Membentuk Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual (lihat Rajah 1.6).
             ii.Melakar bentuk atau rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
            iii.Membentuk 
Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.
           iv.Jalinan 
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
            v.Warna 
Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI 
 Perkembangan Kreativiti mengikut Fisher 

(a) Peringkat Rangsangan 
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. 

(b) Peringkat Penerokaan 
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. 

(c) Peringkat Perancangan 
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. 

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: 
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, 
pemerhatian, interaksi dan sebagainya. 
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. 

(d) Peringkat Aktiviti  Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. 

Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’ 

(e) Kajian Semula 
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. 
CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.
(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.






Terdapat beberapa proses kreativiti.


Ilmu pengetahuan
  • mengumpul maklumat sebanyak yang mungkin berkenaan dengan tugas atau masalah.
JENIS-JENIS MAKLUMAT:
  1. Maklumat bercetak (buku,artikel, bahan muat turun).
  2. Maklumat lisan
  3. maklumat elektronik
Penyelidikan
  • Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana tumpuan hendak diberi.
  • Mendefinisikan matlamat/arah tuju
  • Mentakrif denga jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang di kehendaki.
  • mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.
Pengeraman (incubation)
  • tiada apa yang dilakukan pada langkah ini
  • menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa.
  • idea tidak datang dengan segera.
  • idea mungkin terbit daripada  keadaan yang tidak disangka.
  • terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan.
Membina keyakinan 
  • Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari menumpukan pada satu idea..
  • idea adalah seperti batu loncotan : idea berkenbang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru sering kali adalah gabungan berbagai idea yang datang.
Penapisan
  • idea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik.
  • idea-idea yang baik akan digabungkan untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif.
  • Menyatakan dengan jelas
  • mencari jalan untuk menyampaikan idea dengan berkongsi idea dengan pihak lain dan menggalakkan  mereka untuk memajukan idea tersebut.

PENGALAMAN DAN  PENGUJIAN 

TIGA KAEDAH UTAMA UNTUK MENGUJI KREATIVITI