Monday, November 28, 2011

Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai
Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.
              i.Membentuk Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual (lihat Rajah 1.6).
             ii.Melakar bentuk atau rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
            iii.Membentuk 
Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.
           iv.Jalinan 
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
            v.Warna 
Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI 
 Perkembangan Kreativiti mengikut Fisher 

(a) Peringkat Rangsangan 
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. 

(b) Peringkat Penerokaan 
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. 

(c) Peringkat Perancangan 
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. 

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: 
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, 
pemerhatian, interaksi dan sebagainya. 
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. 

(d) Peringkat Aktiviti  Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. 

Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’ 

(e) Kajian Semula 
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. 
CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.
(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.






Terdapat beberapa proses kreativiti.


Ilmu pengetahuan
  • mengumpul maklumat sebanyak yang mungkin berkenaan dengan tugas atau masalah.
JENIS-JENIS MAKLUMAT:
  1. Maklumat bercetak (buku,artikel, bahan muat turun).
  2. Maklumat lisan
  3. maklumat elektronik
Penyelidikan
  • Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana tumpuan hendak diberi.
  • Mendefinisikan matlamat/arah tuju
  • Mentakrif denga jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang di kehendaki.
  • mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.
Pengeraman (incubation)
  • tiada apa yang dilakukan pada langkah ini
  • menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa.
  • idea tidak datang dengan segera.
  • idea mungkin terbit daripada  keadaan yang tidak disangka.
  • terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan.
Membina keyakinan 
  • Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari menumpukan pada satu idea..
  • idea adalah seperti batu loncotan : idea berkenbang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru sering kali adalah gabungan berbagai idea yang datang.
Penapisan
  • idea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik.
  • idea-idea yang baik akan digabungkan untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif.
  • Menyatakan dengan jelas
  • mencari jalan untuk menyampaikan idea dengan berkongsi idea dengan pihak lain dan menggalakkan  mereka untuk memajukan idea tersebut.

PENGALAMAN DAN  PENGUJIAN 

TIGA KAEDAH UTAMA UNTUK MENGUJI KREATIVITI



Saturday, November 26, 2011

KREATIVITI


  1. mengikut kamus dewan, kreativiti membawa maksud kemampuan(kebolehan) mencipta daya kreatif. Mengikut pendapat ahli psikologi, kreativiti bermaksud sesuatu yang asli dan berdaya cipta. Kreativiti adalah kemampuan mencipta asli, kualiti kerja baru, berimaginasi, penumpuan saintifik, penghasilan unsur-unsur baru dalam penghasilan karya seni di bidang pengkaryaan atau perekaan. menghasilkan karya seni tampak dengan kombinasi unsur seni reka dan prinsip rekaan dan mempumyai kandungan (tema dan makna/fungsi dan konteks). ia boleh diaplikasikan pada  apa sahaja kerja yang produktif dan pandangan yang boleh dikongsi oleh semua golongan dan setiap orang mempunyai perbezaan tahap kreativiti. manakala mengikut Spearman , kreativiti adalah sebagai kuasa akal manusia yang mengutarakan pengisian baru, hasil daripada pemindahan unsur-unsur baru yang diperkembangkan bukan hanya sebagai pengutaraan iadea tetapi juga penghasilan pelbagai perubahan yang cukup memberansangkan.
  2. kreatif juga merupakan pemikiran yang spontan,berimaginasi, berani dan saintifik dan mekanikal. banyak terlibat dalam bidang seni visual, kebudayaan dan saintafik. 
  3. proses kreativiti biasanya berlaku dalam dan luar lingkungan manusia dan pengolahan tanpa sedar itu akhirnya diterjemah melalui proses-proses ketelitian dan pengamatan manusia sendiri. 
  4. terdapat lima jenis kreativiti bagi menunjukkan perbezaan daripada segi proses yang di sarankan olh Taylor (1976).
  • kreativiti  ekspresif : hasil yang dihasilkan lebih bersifat bebas, spontan, mengikut gerak hati. contohnya, menghasilkan imej ekspresif dan menekankan emosi pengkarya yang disampaikan melalui karya contohnya catan dan lukisan. 
  • kreativiti teknikal : melibatkan aktiviti yang berkaitan penetapan pengiraan dan ukuran yang telah ditetapkan. contohnya, dalam menghasilkan karya seni grafik dan lukisan teknikal. 
  • kreativiti inovatif : kefahaman modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif. contohnya, penghasilan media catan yang berkualiti dengan menggunakan warna yang diperolehi daripada buah-buahan dan tidak menggunakan media konvensional seperti cat air.
  • kreativiti inventif : reka cipta yang baru. contohnya, ciptaan baru model telefon bimbit dan kereta. 
  • kreativiti emergenitif : kreativiti yang kompleks dan jarang berlaku penghasilan seni daripada proses kreativiti ini  boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip dan kemunculan sesuatu yang baru. contohnya, Picasso merupakan artis yang mempunyai kreativiti yang begitu tinggi sehingga mampu mengubah aliran seni lukis daripada imej catan berdasarkan peniruan kepada penonjolan imej kiubisme dan kolaj.